8/7/10 (Khamis) - Wah! Hari nie kitorang baru belajar MAT183. Encik Zaki mula2 kata macam tak nak ajar hari ni sebab Encik Zaki nak tunggu semua orang bersedia dengan buku dan peralatan tapi masa 2 jam tu terlampau panjang, jadi sedikit sebanyak masa telah mengubah pemikiran Encik Zaki. Kami mula diterangkan sedikit sebanyak tentang Chapter 1 Calculus.. tak silap tajuknyer.. 'FUNCTIONS, LIMITS AND CONTINUITY'.. kami diterangkan sedikit tentang konsep domain dan range. Encik Zaki ada kata satu konsep 'Properties Of Absolute', tak silap aku yang ada hampir seluruh student UiTM Johor tak dapat jawab masa exam, DASYAT!
Properties Of Absolute (http://www.tutorvista.com/math/properties-of-absolute-value)
|a| >= 0
a mesti sentiasa potisif atau 0.
|a x b| = |a| x |b|
kalau darab, setiap pendaraban 2 nilai absolute, bermaksud setiap nilai boleh diabsolute asing2.(nilai darab asing2 adalah sama dengan darab sekaligus).
|a + b| <= |a| + |b|
Kalau tambah, hasil tambah 2 nilai dalam absolute sentiasa lebih kecil atau sama daripada hasil tambah 2 nilai absolute yang berasingan.
Tengok teori macam senang.. tak taulah macam mana kalau time buat periksa nanti. Lepas Encik Zaki cakap sampai Dean kat UiTM Shah Alam sendiri bagi bonus kat soalan tu, Si Afiq ni pun cakap yang dier nak try la buat soalan tu susah pun dier try jugak. Bagus jugak semangat macam tu tapi jangan sampai yang soalan sepatutnya bonus boleh jawab tapi soalan yang markah takde bonus tak boleh jawab pulak.. Repeat laa next sem nanti huhu.. Si Afiq ni kata lepas balik kelas, bukak buku Calculus 5 minit, tido sampai 2 jam! haha lucu laa kau ni Afiq. Tapi bile pikiq2 balik, mungkin Si Afiq ni nak cakap yang soalan ni memang susah tahap... Seram tak Calculus?
cayok la talure!! gahahahaha! teruskan usaha s*t*n?
ReplyDelete