Tuesday, July 13, 2010

Sesi di Makmal Beta

13/7/10 (Selasa) - Well, sesi sama cam minggu lepas.. Tengah hari yang rasa baik untuk tido.. Hari ni ada 2 org baru masuk, memperkanalkan diri diorang.. sorang pompuan budak part 3(repeat?) dan sorang lagi budak lelaki DQS.

'Ter'lambat atau..

12/7/10 (Isnin) - Hari ni.. Encik Zaki lambat setengah jam.. huh? caya tak caya je kan?
Time budak2 nak antar signature tu jam 7.45 pagi tu diorang cakap encik Zaki yang bilik'nyer' agak misteri pasal takde sign yang mengatakan bilik tu bilik encik Zaki memang membuatkan diorang agak kelam-kabut. Tapi bile ketuk masuk dalam bilik tu encik Zaki tengah cari bahan.. bahan apa yerk? pagi2 buta? penting sangat ke? Bak kata encik Zaki.. ada 2 alasan je yang bley diterima.. Emak/Diri sendiri mati dan satu lagi mc.. Ada something berlaku ke dalam family encik Zaki? encik Zaki masa masuk kelas lebih kurang 8.30 tue, masih mencari/buat sesuatu kat dalam komputer. lebih kurang setengah jam berikutnyer barulah encik Zaki mengajar.. Tapi ramai budak2 kata slide yang encik Zaki tunjuk, sama macam slide yang boleh di download kat i-learn/i-Class kepunyaan Amira Hana - Lecturer dari Pahang.. Erk! adakah ini bermaksud encik Zaki x prepare sebelum masuk kelas pastu tergesa2 cari bahan backup? atau encik Zaki terlupa hari ini ada kelas, pastu lupa nak prepare? lebih kurang lah tue.. tapi rasa2 encik Zaki ada buat bende lain kot.. tak baik fikir bukan2 bro/sis.. lagipun kalau betul encik Zaki 'ter'lupa.. maksud nyer encik Zaki ni orgnyer slambe.. markah pun diberi slambe je dpat 'A'! Well gud luck my fren!

Friday, July 9, 2010

Bukak Buku Baru..

8/7/10 (Khamis) - Wah! Hari nie kitorang baru belajar MAT183. Encik Zaki mula2 kata macam tak nak ajar hari ni sebab Encik Zaki nak tunggu semua orang bersedia dengan buku dan peralatan tapi masa 2 jam tu terlampau panjang, jadi sedikit sebanyak masa telah mengubah pemikiran Encik Zaki. Kami mula diterangkan sedikit sebanyak tentang Chapter 1 Calculus.. tak silap tajuknyer.. 'FUNCTIONS, LIMITS AND CONTINUITY'.. kami diterangkan sedikit tentang konsep domain dan range. Encik Zaki ada kata satu konsep 'Properties Of Absolute', tak silap aku yang ada hampir seluruh student UiTM Johor tak dapat jawab masa exam, DASYAT!

Properties Of Absolute (http://www.tutorvista.com/math/properties-of-absolute-value)

|a| >= 0
a mesti sentiasa potisif atau 0.

|a x b| = |a| x |b|
kalau darab, setiap pendaraban 2 nilai absolute, bermaksud setiap nilai boleh diabsolute asing2.(nilai darab asing2 adalah sama dengan darab sekaligus).

|a + b| <= |a| + |b|
Kalau tambah, hasil tambah 2 nilai dalam absolute sentiasa lebih kecil atau sama daripada hasil tambah 2 nilai absolute yang berasingan.

Tengok teori macam senang.. tak taulah macam mana kalau time buat periksa nanti. Lepas Encik Zaki cakap sampai Dean kat UiTM Shah Alam sendiri bagi bonus kat soalan tu, Si Afiq ni pun cakap yang dier nak try la buat soalan tu susah pun dier try jugak. Bagus jugak semangat macam tu tapi jangan sampai yang soalan sepatutnya bonus boleh jawab tapi soalan yang markah takde bonus tak boleh jawab pulak.. Repeat laa next sem nanti huhu.. Si Afiq ni kata lepas balik kelas, bukak buku Calculus 5 minit, tido sampai 2 jam! haha lucu laa kau ni Afiq. Tapi bile pikiq2 balik, mungkin Si Afiq ni nak cakap yang soalan ni memang susah tahap... Seram tak Calculus?

Tuesday, July 6, 2010

Pengubat Hati Di Tengahari..

6/7/10 selasa - Kira-kira pukul 12 tengahari. Time lunch sepatutnya, tapi ada kelas kat Makmal Beta. Encik Zaki tiba lebih kurang 12.05 pm. Sesi kedua ini pun tak belajar seperti sesi semalam, tapi ada sedikit jamuan.. bukan makanan tapi kata2 hikmah seorang guru(lecturer) kepada kami, student. Sebenarnya mungkin Encik Zaki nak cari budak yang tak suka math je kot, sambil menyelam minum air. Kami student-student di 'brain wash' dengan sedikit kata2 hikmah.. Aku sebenarnya taklah berapa ter'insaf' sangat. Mungkin sebab aku dah pernah pergi motivasi muhasabah diri tapi untuk student2 lain, lainlah hasilnya(Oklah tu daripada ada budak tu tido terus masa Encik Zaki tengah ber'ceramah', sape yang termakan cili terasalah pedasnyer, hehe sori bro). Satu lagi, semua budak mat183 kena amik sign lecturer baik Dcs atau Dqs (lebih kurang 40 org?).. antar sebelum Isnin 7.45!! Huh, macam tak siap jerk kan.. alaa. Takpe yang penting usaha cuba dulu.. Cuba sebaik mungkin then kalo tak siap jugak simpanlah kertas sign tu buat bungkus nasi lemak.. Okey, Maybe only that's for my MAT183 learning.

Monday, July 5, 2010

Hari pertama dalam kelas MAT183

5/7/10 Isnin - Hari pertama kelas MAT183 dengan encik Zaki. Hari ini hanya pertemuan untuk sesi suai-kenal. Harapan saya dalam kelas MAT183 adalah supaya mendapat A+ dalam subject tersebut.